Kursus Memasak St. John 2011



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pada 08 Mac yang lepas, St. John Ambulance Smk Bukit Besar telah mengadakan kursus masakan pelajar St. John. Guru St. John iaitu cikgu Syahrul Nizam Rasid akan memberikan lencana bagi setiap peserta kursus ini.kursus ini dijalankan selama 3 hari iaitu pada 6-8 mac 2011 . terdapat kira-kira 6 orang peserta yang rata-ratanya pelajar tingkatan 5 sc 1 2011.

Aktiviti ini diadakan di dalam kawasan sekolah iaitu di tepi pejabat sekolah. Aktiviti pada mulanya disertai berbelas-belas pelajar, tetapi ada yang menarik diri pada saat-saat akhir. aktiviti ini bertujuan untuk melatih pelajar bagi kemahiran memasak dan kemahiran menghidupkan api di dalam hutan.

pada hari pertama aktiviti ini, guru kami memberikan taklimat awal tentang program ini.Taklimat tersebut pada mulanya dijadualkan di makmal fizik tetapi terdapat kesilapan teknikal yang menyebabkan taklimat tersebut diadakan di makmal biologi. Dalam taklimat tersebut, cikgu syahrul nizam telah memberikan penerangan tentang aktiviti yang bakal kami laksanakan. cikgu juga menerangkan barang keperluan yang patut kami bawa.

Pada hari kedua, cikgu Syahrul Nizam mengarahkan kami supaya berkumpul pada 2.00 petang untuk mengumpul kayu api untuk dijadikan bahan bakar pada hari ketiga. Kayu api yang kami kumpulkan kami ambil daripada kawasan padang kosong yang berada di hadapan kawasan sekolah.kayu tersebut kami angkut dengan tulang empat kerat kami dan memotong kepada beberapa bahagian. kayu-kayu tersebut kami kumpul dan letak dalam plastik bagi mengelakkan terkena hujan.

Sekarang tibalah hari ketiga. kami berkumpul pada pukul 12.00 tengah hari dan berkejasama dalam menyiapkan khemah kerana pada hari tersebut hujan telah turun dengan lebat. walaupun hujan, kami tetap meneruskan aktiviti tersebut dan hujan sedikit pun tidak melunturkan semangat kami yang berkobar-kobar. Pada hari tersebut juga, kami menyiapkan tempat memasak, kami berasa sangat penat dalam menyediakan tempat memasak. kami memasak pelbagai lauk-pauk dan pelbagai rasa serta rupa. ada yang masak nasi sampai hangus, dan ada juga yang memasak lauk basah serta kering. ada jugapeserta yang masak lauk ayam masak kicap, lauk aya,m masak merah, ayam goreng berempah, ayam goreng kunyit dan ayam panggang. Pendek kata, semua lauk-pauk yang dimasak memang enak dan menyelerakan.

Apabila semua orang telah siap memasak, cikgu syahrul nizam menjadi juri, dan selepas itu, kami mengambil gambar sebagai kenang-kenangan . gambar tersebut ada pada bahagian bawah... Syarat sebelum semua orang makan masakan masing-masing, semua peserta perlu menghabiskan semua lauk dan nasi yang mereka masak kemudian kemas sehingga bersih. tetapi da juga beberapa pelajar luar yang turut "join" dalam aktivii ini . Tugas mereka adalah menghabiskan lauk yang peserta sediakan. Kemudian guru mengarahkan kami untuk berkemas dan bersihkan tempat sebagaiman sediakala iaitu sama keadaan sebelum kami mengadakan aktiviti.

Wassalam....

Assalamua'laikum!!!









sampai menangis ke diri...














Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bukit Besar 2011


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Pada 22 dan 23 februari 2011 yang lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali yang ke-10. Kejohanan ini bertempat di Padang Asrama Sekolah. Tujuan kejohanan ini adalah untuk melahirkan bakat-bakat yang terpendam dalam diri pelajar sekolah dan mahu melahirkan atlit sekolah yang berjaya. Pemenang yang menjuarai sukan ini akan mewakili sekolah ke kejohanan sukan peringkat daerah.

Pasukan St. John S.M.K.B.B juga turut terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. terdapat kira-kira 22 orang pelajar yang mendapatkan khidmat daripada pasukan St. John. Di bawah merupakan laporan daripada ketua pasukan.

pada 22 dan 23 februari 2011, pasukan St. John telah membantu pihak sekolah dalam menjayakan kejohanan sukan tahunan 2011. seramai 22 orang pelajar telah mendapatkan khidmat St. John.

Semua perkara berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah, Dibawah merupakan senarai pelajar yang sakit.

seramai 22 orang tersebut mereka mengalami sakit...:
sakit kaki
sakit tangan
pening
sakit pinggang
pengsan

Walaubagaimanapun, terdapat seorang pelajar yang telah dibawa ke hospital kerana mengalami kesakitan pada bahagian pinggang. pelajar tersebut akhirnya diperiksa dan dibenarkan pulang ke rumah kerana tidak mengalami kecederaan yag serius.

sekian,

yang benar,
azrul









































































Maulidur Rasul 1432h / 2011m



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pada majlis maulidur rasul peringkat negeri/ daerah 1432h/2011m yang bertempat di Stadium Negeri Terengganu yang lalu, pihak St. John S.M.K. Bukit Besar telah menghantar 4 orang wakil bagi menjayakan majlis maulidur rasul tersebut.
Pasukan St. John juga turut berarak bersama pasukan sekolah yang berarak membawa banner sempena maulidur rasul yang bermula dari Taman Syahbandar Kuala Terengganu hingga ke Stasium Negeri. Perarakan ini juga turut dihadiri oleh Menteri Besar terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Said dan pegawai-pegawai atasan. Sepanjang perarakan tersebut, kami memuji dan membacakan selawat ke atas junjungan besar kita iaitu Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah sepanjang perarakan tersebut pasukan perarakan S.M.K. Bukit Besar tidak mengalami sebarang kecederaan. Selepas Perarakan tersebut, kami(pasukan St. John) telah mengambil kesempatan dengan mengambil gambar kami sebagai kenang-kenangan dan sebagai bukti bahawa kami turut serta dalam perarakan tersebut. Sebelum itu, kami perkenalkan peserta St. John iaitu Mohd Azruldin, Yusof ramli, Adnan dan Amir.

Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa perarakan dan selepas perarakan tersebut...

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ini adalah gambar 4 orang peserta St. John yang menyertai perarakan tersebut...
dari kanan amir, azrul, yusuf dan adnan.


semua peserta kelihatan ceria dan bersemangat....


kenapa senget semacam tu???
takut tak masuk gambar ke???
ataupun tanah yang tnggi sebelah???



kelihatan peserta St. John yang berada di belakang peserta perarakan S.M.K. Bukit Besar...

Kaedah CPR yang terbaru lebih mudah berbanding bantuan dari mulut ke mulut.


Makluman kepada semua bahawa teknik ini masih baru dan tidak diperakui oleh St. John lagi...

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
TEKAN DADA...kaedah ini dapat memulihkan edaran darah yang masih mengandungi oksigen ke jantung dan otak

“TEKAN kuat, 100 kali, sedalam dua inci.” Bagaikan masih terdengar-dengar suara lebih 300 peserta kelas bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang menyebut ayat ini berulang kali sebelum meletakkan tangan ke dada patung model latihan. Bermacam aksi peserta boleh dilihat ketika memberi bantuan kepada ‘pesakit’ yang terbaring di atas lantai di perkarangan Plaza Mont Kiara.

Ada yang meletakkan tangan terlalu tinggi, beralih ke kiri atau ke kanan di atas ‘buah dada’ patung (usah fikirkan yang bukan-bukan kerana semua patung leper dadanya) selepas kiraan ke-50. Tidak kurang juga yang menghela nafas lega apabila Pengarah Perubatan Pusat Pakar Global Doctors (Global Doctors), Dr Navindra Nageswaran menyebut angka 100.

Memberikan bantuan CPR memang boleh menyebabkan seseorang berasa penat, terutama jika dilakukan sendirian dalam keadaan cemas dan tertekan. Namun kaedah CPR baru yang diajar kakitangan perubatan Global Doctors itu sebenarnya adalah jauh lebih mudah berbanding kaedah CPR konvensional yang diperkenalkan 50 tahun lalu.

Ini kerana, berdasarkan garis panduan CPR yang dikemaskini tahun lalu, kita hanya perlu menekan dada pesakit dan tidak payah lagi memberi bantuan dari mulut ke mulut. Kajian setempat dan antarabangsa mendapati di kalangan yang tahu ini, 45 peratus doktor dan 80 peratus jururawat tidak bersedia melakukan CPR atas pelbagai sebab

BEGINI... pelajar kejururawatan, Nurul Shazwani Ariffin (kanan) menunjukkan cara melakukan CPR kepada peserta sambil diperhatikan rakannya, Inba Johthi (kiri)

Antaranya risau seandai melakukannya dengan cara salah, jijik untuk memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan kebimbangan paling tidak berasas ialah takut dijangkiti penyakit daripada pesakit, sedangkan mereka tahu pesakit akan menemui ajal jika tidak diberi bantuan..

Di negara kita, pengetahuan mengenai teknik melakukan CPR masih rendah, dianggarkan hanya 10 hingga 15 peratus yang tahu melakukannya dan kebanyakan mereka adalah kakitangan perubatan. Kajian Bantuan Kecemasan dan CPR Ke Atas Kakitangan Kesihatan Malaysia pada 2005 turut menunjukkan kesimpulan mengecewakan kerana di kalangan pekerja perubatan terlatih pun, hanya 50 peratus yang yakin dapat melakukan CPR.

Ketidakselesaan untuk memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut juga dialami penduduk negara maju dan ia dianggap masalah besar kerana dalam menimbangkan antara mahu membantu atau tidak; sel otak pesakit yang tidak menerima bekalan oksigen dalam tempoh empat hingga enam minit akan tenat dan peluang untuk pesakit sembuh seperti sedia kala amat tipis.

Menurut Dr Navindra, kegagalan jantung berlaku apabila jantung mangsa berhenti mengepam darah yang boleh disebabkan serangan jantung, lemas, renjatan elektrik atau tercekik dan waktu paling kritikal untuk melakukan CPR ialah dalam masa beberapa minit pertama selepas jantung berhenti berdegup bagi membolehkan otak terus menerima bekalan oksigen.

“Pengetahuan mengenai CPR amat penting kerana keadaan kecemasan ini boleh berlaku pada sesiapa, bila-bila masa dan di mana saja. Inilah sebabnya kita perlu sentiasa bersedia dan setiap keluarga seharusnya tahu melakukan CPR, apatah lagi kini penyakit jantung menjadi pembunuh utama di negara kita,” katanya dalam program latihan sempena ulang tahun ke-50 teknik CPR anjuran bersama Global Doctors dan Sunrise Berhad.

Kajian sebelum ini turut mendapati kira-kira 70 peratus pesakit yang mengalami serangan jantung buat kali pertama, meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital dan hampir 80 peratus kematian mengejut akibat serangan jantung berlaku di rumah dengan disaksikan ahli keluarga.

CPR yang diperkenalkan 50 tahun lalu terdiri daripada tiga perkataan penting iaitu: resusitasi (bermakna mengembalikan kehidupan), kardio (jantung) dan pulmonari pula merujuk kepada paru-paru.

Kaedah CPR lama membabitkan bantuan pernafasan mulut ke mulut (bagi membekalkan oksigen ke paru-paru) dan ‘mengepam’ jantung supaya boleh berdegup semula untuk mengepam darah ke otak. Bagaimanapun, dengan kaedah lama ini, hanya satu daripada tiga orang yang mendapat serangan jantung di Amerika Syarikat menerima bantuan CPR sebelum ambulans sampai.

Apa yang perlu dilakukan?
Menurut Dr Navidra, kaedah CPR baru ini amat mudah iaitu dengan menekan dada pesakit (di tengah-tengah dada antara payudara kiri dan kanan) sebanyak 100 kali dalam masa seminit. Ia bertujuan menghasilkan edaran tiruan dengan memberi tekanan pada jantung supaya ia boleh mengepam darah. Kaedah ini sangat penting untuk mengembalikan edaran darah yang masih mengandungi oksigen ke jantung dan otak.

Kaedah ini hanya membabitkan tiga langkah mudah iaitu D (bahaya), R (tindak balas) dan C (tekanan):

  • D - Ia adalah huruf permulaan bagi perkataan ‘Danger’ yang bermaksud bahaya. Lihat di sekeliling individu yang tidak sedarkan diri itu dan pastikan tiada apa yang boleh membahayakan anda berdua, umpamanya sebarang objek tajam.

  • R - Asalnya adalah perkataan ‘Response’ (tindak balas). Goncang bahu pesakit dan tanya dengan kuat: “Awak tidak apa-apa?” atau lebih mudah “Awak OK?” Perhatikan tindak balas pesakit. Jika pesakit tidak memberi sebarang tindak balas, jerit untuk meminta tolong atau telefon ambulans dengan mendail 999. Jika anda bersendirian, hubungi ambulans terlebih dulu.

  • C - Untuk perkataan ‘Compression’ (menekan dada pesakit). Caranya mudah, letakkan tangan kanan atau kiri di atas tangan yang sebelah lagi. Masukkan jari tangan di atas di celah jari tangan di bawah. Bengkokkan jari tangan di atas seolah-olah mahu ‘mengunci’ tangan di bawah.

    Letakkan tangan anda di tengah-tengah dada individu berkenaan (di antara payudara kiri dan kanan) dan mula menekan dengan kuat menggunakan tumit tapak tangan. Tekan kuat sedalam lima sentimeter (dua inci) sebanyak 100 kali dalam masa seminit. Untuk lebih mudah, kira satu hingga 10; sebanyak 10 kali.
    Berhenti memberikan bantuan CPR apabila individu berkenaan mulai sedar.

    Tanda pesakit mulai sedar ialah apabila dia tercungap untuk bernafas, membuka mata atau menggerakkan salah satu anggotanya. Jangan buang masa memeriksa sama ada nadi pesakit masih berdenyut atau tidak.

    Jika selepas 100 kali dan individu berkenaan masih belum sedar, apa yang kita harus lakukan?
    Terus memberi tekanan selagi terdaya sehingga bantuan atau ambulans sampai.

    Adakah kemungkinan kita melakukan teknik CPR yang salah dan membahayakan pesakit?
    Tidak perlu risau kerana mangsa masih mendapat sedikit manfaat daripada tidak diberi bantuan langsung. Jadi bagi yang tahu teknik CPR, tiada alasan untuk berasa bimbang ‘tersilap buat’ kerana yang lebih penting ialah menyelamatkan nyawa mangsa.

    Apabila melakukan CPR, anda sebenarnya membekalkan darah beroksigen kepada jantung, otak dan organ badan penting hingga mangsa mendapat rawatan perubatan untuk mengembalikan denyutan jantung yang normal.

    Jika CPR dilakukan dalam masa empat minit, mangsa ada peluang sekurang-kurangnya 45 peratus untuk hidup, tetapi jika CPR lewat diberi iaitu antara lapan hingga 10 minit, peluang untuk hidup hanya 10 peratus.

    Dalam tempoh empat hingga enam minit tanpa oksigen, otak sudah mengalami kerosakan. Sel otak yang tidak menerima oksigen melebihi lima minit akan mengalami kerosakan kekal.

    Ini bermakna sel otak akan mati dan tidak boleh diperbaiki. Lebih cepat mangsa diberi bantuan pernafasan, lebih tinggi peluangnya untuk hidup.

    Bagaimanapun perlu diketahui, CPR saja tidak dapat menyelamatkan mangsa tetapi ia sangat penting untuk meneruskan bekalan darah yang mengandungi oksigen ke otak, paru-paru-paru dan organ lain sehingga bantuan kecemasan sampai.

    Adakah kemungkinan tekanan yang terlalu kuat akan menyebabkan tulang dada mangsa patah?
    Tulang dada atau sternum adalah tulang yang paling kuat dalam badan. Sangat jarang berlaku keretakan atau kepatahan tulang dada.

    Berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, cuma kira-kira 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung patah tulang rusuk selepas mendapat bantuan CPR.

    Kebanyakan kes itu pun membabitkan orang tua kerana rawan tulang mereka kurang anjal dan tulang juga lebih mudah patah. Ia masih lebih baik kerana mangsa dapat diselamatkan.

    Adakah CPR dapat membantu jantung mengepam darah seperti biasa?
    Tidak. Teknik CPR cuma dapat merangsang kira-kira 25 peratus fungsi jantung untuk mengepam darah. Ini dikira sudah cukup baik kerana jika CPR tidak dilakukan, otak tidak akan mendapat bekalan darah langsung.

    Siapa perlu belajar CPR?
    Semua orang - terutama individu yang kerap berurusan dengan orang ramai dan ada ahli keluarga menghidap masalah jantung, kencing manis, asma, strok, tekanan darah tinggi, sawan, barah atau penyakit kronik lain. Malah kanak-kanak berumur lapan tahun juga boleh lakukan CPR pada pesakit dewasa selagi mereka boleh menekan dada pesakit sedalam lima sentimeter.

    “Kaedah ini sangat mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Ia memang direka untuk orang awam supaya mereka dapat memberi bantuan kecemasan secepat mungkin sebelum ambulans sampai ke tempat kejadian. Ia jauh lebih mudah berbanding kaedah lama CPR yang memerlukan kita memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menekan dada pesakit sedalam lima sentimeter sebanyak 100 kali seminit,” katanya.