سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Perkhemahan Tahunan 2010







Badan Uniform St John Ambulance Malaysia juga turut menyertai aktiviti perkhemahan yang telah dijalankan pada tahun ini. Aktiviti perkhemahan ini diadakan setiap tahun. Contohnya, pada tahun lepas, pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti perkhemahan di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun ini, aktiviti perkhemahan diadakan di dalam kawasan sekolah, dan bertempat padang bola sepak S.M.K. Bukit Besar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memadatkan jadual aktiviti perkhemahan ini. Antara aktiviti yang dijalankan dalam perkhemahan ini adalah kawad kaki dan malam kebudayaan. Malangnya, pasukan St. John tidak memenangi hadiah bagi kategori lelaki dan perempuan.

Aktiviti perkhemahan dikatakan dapat mendidik pelajar supaya sentiasa berdisiplin dan pandai menguruskan masa. Pelajar juga akan sendirinya terdidik untuk menjadi seorang pemimpin yang beretika dan pandai mengurus sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan. Selain itu, Pelajar yang berada dibawah badan beruniform bagi St. john juga mendapat banyak manfaat, sama ada secara sedar atau tidak.

Antara manfaat tersebut ialah, pelajar akan mempunyai perasaan yang suka membantu orang lain yang berada dalam kesusahan meskipun tidak mengenali siapakan gerangan orang yangtelah ditolongnya. Pelajar juga mendapat sifat bertanggungjawab. contohnya,apabila pelaja r melihat seseorang cedera dan mengalami kecederaan, pelajar tersebut dapat mempraktikkan ilmu yang diperoleh daripada pembelajaran secara langsung atau secara tidak langsung daripada aktiviti S.t John. Buktinya, baru-baru ini, pelajar unit beruniform St. John yang ditugaskan menjadi unit sokongan bagi aktiviti merentas desa yang turut dibantu oleh Jabatan kerajaan telah berjaya menjalankan tugas mereka dengan jayanya. mereka telah berjaya merawat beberapa orang pelajar yang tercedera ketika aktiviti merentas desa yang sedang berlangsung.